Peace Be Upon You! dan selamat sejahtera buat semua. hari ini aku rasa rajin bebenau lak nak update blog aku yg tak seberapa ni. pasal aku tgk mcm hape je blog aku,org lain entry bersepah sepah. aku dok baca je. org ada blog kau nak ada blog.update malas. haha okay topik yang akan dibincangkan adalah kawan.
Apa yang nak di perkatakan pasal kawan nie? tengok sebelah. tengok depan. tengok belakang. tengok atas. tengok bawah. okay. sekarang kita mungkin sedang dikelilingi dengan manusia yang di panggil kawan. mereka ada hati. perasaan. akal. tapi kita manusia nie for sure ada kekurangan.
aku, memang tak boleh jadi kawan yang sangat superb untuk korang semua, sebab untuk diri aku sendiri aku masih dalam kategori 'boleh laa'. memang tak hebat, tak power, memang tak handal. takde yang menarik. takde yang istimewa. aku tak pernah berjasa pada sesiapa yang bergelar kawan atau bahasa selayangnye 'member' dalam hidup nie. tapi aku selalu berjasa pada adik beradik aku. dan sahabat sahabat aku lah yang terhandal, aku terhebat! aku akan cuba buat sehabis baik utk mereka.
kenapa aku tak pernah berjasa kat makhluk yg bernama kawan? sebab aku tak rasa jasa itu akan di kenang, tapi yang selalu nya jasa itu akan di propagandakan. HAHA. hebat tak ayat? biasalah hidup berkawan nie. kan? bukanlah mintak untuk dikenang. tapi cukuplah sekadar ianya tidak di propagandakan. dan aku sebagai kawan, selalunya akan merasa segan untuk minta jasa baik daripada mereka yang bergelar kawan, yelaah. dunia nie tak semua indah. dan manusia itu takde yang sempurna. kat alam nyata ni bukan macam fairytale. kita buat baik atau tak sama je .macam macam cerita macam macam berita yang keluar. cuma kesohihan cerita dan berita tersebut hanya akan diterima oleh akal yang sihat. HAHA.
okay ni antara ciri kawan yang baik:
jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu; jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu; jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; jika kamu berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
okay. itu realiti okay. korang pon sure pernah. aku pong. tapi, cara aku lain. kalau misal kata aku tak suka kau, makanyaa..(slang indon) aku tidak akan bermesra, berhutang nyawa, nak balas jasa, bergelak ketawa atau haruk tak ingat dunia dengan kau. aku cuma akan berjasa dengan kau, kalau niat nak berjasa tu sampai.haha jadi jasa aku akan ikhlas dunia dan akhirat. insyaALLAH. tak laa aku berjasa just nak jaga hati merah kau je kannn.
itu aku. tapi tak tau la cara anda semua macam mana kan. harap taklaa bermuka. atau depan sentiasa manis, tapi kat belakang gunting dalam lipatan. semua nak di canang nya! hei, jangan laah macam tu. tak baik.
yang kebanyakan jadi, kawan akan menjadi lawan, dan lawan pula yang akan menjadi sahabat kita ke akhirnya. kebanyankan..bukan semua okay.apa pun manusia ini punya kekurangan dan yang pasti dunia ini tak selalu indah.
kawan, sahabat dan kenalan semua berbeza pada pendapat aku. dan terpulang juga macam mana anda anda dan anda semua mendefinisikannya. pendapat aku, seorang kawan tidak ada yang istimewa, hanya sesuai untuk dijadikan tempat berborak dan biasanya kawan untuk bergembira lebih ramai daripada kawan berduka.itu lah kawan yang sebenar.
tapi sahabat ia lebih menghargai kehadiran kita. hubungan yang terjalin ada unsur kepercayaan, kejujuran and much brotherhood feeling. sahabat selalu nya tidak akan memburukkan sahabatnya yang lain. kenalan pula, sekadar kenalan.
dan aku bersyukur aku dikurniakan a bunch of SAHABAT.
anda alami, anda baca, anda faham.
sekian.wallahualam bissawab :)

wslm br. your word says it all :
ReplyDelete"kalau misal kata aku tak suka kau, makanyaa..(slang indon) aku tidak akan bermesra, berhutang nyawa, nak balas jasa, bergelak ketawa atau haruk tak ingat dunia dengan kau"
hahaha thanks bro :)
ReplyDelete