Wednesday, 24 August 2011

Lailatul Qadar



Ini berdasarkan firman Allah Ta’ala:



Ertinya: “Bulan Ramadhan adalan bulan yang diturunkan di dalamnya al-Quran”. 

QS. al-Baqarah: 185


dan al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan, dan Allah Ta’ala berfirman:

Ertinya: “Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran pada lailatul qadar”. 

QS. al-Qadar:1.
 
Jika dikumpulkan dua ayat ini maka akan menjadi sangat jelas bahwa lailatul qadar di bulan Ramadhan manakala hadis Nabi Muhammad SAW mengatakan malam Lailatul Qadar itu di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan . 
Ini berdasarkan hadis berikut:
“Aisyah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Bersungguh-sungguhlah mencari lailatul qadar di sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan”, di dalam riwayat Bukhari: “Sentiasa Rasulullah SAW beriktikaf di sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, beliau bersabda: “Bersungguh-sungguh untuk mencari lailatul qadar di sepuluh terakhir bulan Ramadhan”. Di dalam riwayat Bukhari: “Carilah…”. HR. Bukhari, no. 2020 dan Muslim, no. 1196.
Lailatul Qadar lebih ditekankan adanya di malam-malam ganjil daripada malam genap:
Ini berdasarkan hadis berikut:
“Aisyah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Bersungguh-sungguhlah mencari lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan”. HR. Bukhari dan Muslim



TANDA2 MALAM LAILATUL QADAR

1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” 
(Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tidak terik pada keesokan harinya
Dari Ubay bin Ka’ab RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar ” 
(HR Muslim)


1. Di pagi harinya, matahari terbit tidak memancarkan cahaya yang terik
, Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar”. Hadits riwayat Muslim, no. 1762.
2. Malam yang cerah, tidak panas tidak juga dingin, Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Sesungguhnya aku diperlihatkan lalilatul Qadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula dingin, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/330 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam shahih Ibnu Khuzaimah, 3/330.
Ertinya: “Lailatul Qadar tidak panas tidak juga dingin matahari pagi harinya bersinar lemah kemerah-merahan”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/332 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’, no. 5351.
3. Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang 
(lemparan meteor kepada syaitan)


 Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Sesungguhnya tanda lailatul qadar bahwasanya adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak panas tidak juga dingin, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan tidak halal bagi syaitan untuk keluar bersamaan dengannya pada malam itu”. HR. Ahmad, no. 22765.
Hendaknya memperbanyak membaca doa اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى pada Lailatul Qadar:



Hal ini berdasarkan sebuah riwayat dari Aisyah RA beliau bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, jika aku mahu berjumpa akan lailatul qadar, apakah yang aku baca?”, beliau bersabda: “Hendaknya kamu mengucapkan:
Ertinya: “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf (dari kesalahan), mencintai maaf, maka maafkanlah aku (dari kesalahan-kesalahanku)”. 
HR Ibnu Majah, no. 3982.
4.Orang yang beribadat pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Allah tidak seperti malam-malam lainnya.

WALLAHUALAM BISSAWAB

p/s- mari sama sama mengejar lailatul qadar sementara masih sempat.insyaALLAH   :)

Tuesday, 23 August 2011

bukan ilusi





 Peace Be Upon You! dan selamat sejahtera buat semua. hari ini aku rasa rajin bebenau lak nak update blog aku yg tak seberapa ni. pasal aku tgk mcm hape je blog aku,org lain  entry bersepah sepah. aku dok baca je.  org ada blog kau nak ada blog.update malas.  haha  okay  topik yang akan dibincangkan adalah kawan.


Apa yang nak di perkatakan pasal kawan nie? tengok sebelah. tengok depan. tengok belakang. tengok atas. tengok bawah. okay. sekarang kita mungkin sedang dikelilingi dengan manusia yang di panggil kawan. mereka ada hati. perasaan. akal. tapi kita manusia nie for sure  ada kekurangan.



aku, memang tak boleh jadi kawan yang sangat superb untuk korang semua, sebab untuk diri aku sendiri aku masih dalam kategori 'boleh laa'.  memang tak hebat, tak power, memang tak handal. takde yang menarik. takde yang istimewa. aku tak pernah berjasa pada sesiapa yang bergelar kawan atau bahasa selayangnye  'member' dalam hidup nie. tapi aku selalu berjasa pada adik beradik aku. dan sahabat sahabat aku lah yang terhandal, aku terhebat! aku akan cuba buat sehabis baik utk mereka.


kenapa aku tak pernah berjasa kat makhluk yg bernama kawan? sebab aku tak rasa jasa itu akan di kenang, tapi yang selalu nya jasa itu akan di propagandakan. HAHA. hebat tak ayat? biasalah hidup berkawan nie. kan? bukanlah mintak untuk dikenang. tapi cukuplah sekadar ianya tidak di propagandakan. dan aku sebagai kawan, selalunya akan merasa segan untuk minta jasa baik daripada mereka yang bergelar kawan, yelaah. dunia nie tak semua indah. dan manusia itu takde yang sempurna.  kat alam nyata ni bukan macam fairytale. kita buat baik atau tak sama je .macam macam cerita macam macam berita yang keluar. cuma kesohihan cerita dan berita tersebut hanya akan diterima oleh akal yang sihat. HAHA.



okay ni antara ciri kawan yang baik:

jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu; jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu; jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; jika kamu berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


tapi!  macammana pulak bila dia dah banyak tolong, diungkitkan pulak pertolongan tu. haa, ikhlas ke dia?persoalan disitu. tapi aku tak pernah kesah pun. itu hal dia dengan Allah. kita manusia mana ada hak nak tentukan sama ada ikhlas atau tak. 


okay. itu realiti okay. korang pon sure pernah. aku pong. tapi, cara aku lain. kalau misal kata aku tak suka kau, makanyaa..(slang indon) aku tidak akan bermesra, berhutang nyawa, nak balas jasa, bergelak ketawa atau haruk tak ingat dunia dengan  kau. aku cuma akan berjasa dengan kau, kalau niat nak berjasa tu sampai.haha  jadi jasa aku akan ikhlas dunia dan akhirat. insyaALLAH. tak laa aku berjasa just nak jaga hati merah kau je kannn. 


itu aku. tapi tak tau la cara anda semua macam mana kan. harap taklaa bermuka. atau depan sentiasa manis, tapi kat belakang gunting dalam lipatan. semua nak di canang nya! hei, jangan laah macam tu. tak baik.


yang kebanyakan jadi, kawan akan menjadi lawan, dan lawan pula yang akan menjadi sahabat kita ke akhirnya. kebanyankan..bukan semua okay.apa pun manusia ini punya kekurangan dan yang pasti dunia ini tak selalu indah. 



kawan, sahabat dan kenalan semua berbeza pada pendapat aku. dan terpulang juga macam mana anda anda dan anda semua mendefinisikannya. pendapat aku, seorang kawan tidak ada yang istimewa, hanya sesuai untuk dijadikan tempat berborak dan biasanya kawan untuk bergembira lebih ramai daripada kawan berduka.itu lah kawan yang sebenar. 

tapi sahabat ia lebih menghargai kehadiran kita. hubungan yang terjalin ada unsur kepercayaan, kejujuran and much brotherhood feeling. sahabat selalu nya tidak akan memburukkan sahabatnya yang lain. kenalan pula, sekadar kenalan. 
dan aku bersyukur aku dikurniakan a bunch of   SAHABAT. 
anda alami, anda baca, anda faham. 



 sekian.wallahualam bissawab :)


p/s: baru aku rase best jugak blogging ni :)

Friday, 12 August 2011

karma

 
i asked Allah for LOVE, and Allah gave me troubled people to HELP.
i asked Allah for WISDOM, and Allah gave me problems to SOLVE.
i asked Allah for STRENGTH, and Allah gave me difficulties to make me STRONG.
i asked Allah for FAVOURS, and Allah gave me OPPORTUNITIES.

[maybe, i received nothing i wanted, but i received everything i needed.]

divine gift








                                                                  Salam Ramadhan Al-Mubarak
                                                                    1432H.